Announcement

Melakar Langkah Ke Arah Masa Depan Tenaga Hijau

MARA Incorporated Sdn. Bhd. bersama BHPetrol hari ini melancarkan Projek Tenaga Boleh Baharu melalui pemasangan sistem Solar Fotovoltaik (PV) di 50 stesen BHPetrol sekitar Lembah Klang. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA ini dimeriahkan dengan gimik pelancaran menerusi persembahan formasi dron yang memaparkan visual sistem Solar PV di atas bumbung stesen BHPetrol sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkasa penggunaan tenaga boleh baharu dan menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon. Majlis turut disusuli dengan penandatanganan plak pelancaran sebagai simbol perasmian rasmi projek.


Sehingga July 2026, sebanyak 16 stesen telah beroperasi dengan sistem Solar PV, manakala baki stesen akan disiapkan secara berfasa sehingga mencapai sasaran 50 stesen menjelang penghujung tahun 2026. Projek ini dijangka mengurangkan pelepasan karbon, meningkatkan kecekapan tenaga serta membantu pengusaha stesen menjimatkan sekitar 10 hingga 15 peratus kos elektrik. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Tuan Haji Yahaya Sani; Ketua Pegawai Eksekutif MARA Incorporated Sdn. Bhd., Encik Faizul Idzhar Ahmad Yazi; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Encik Fardzi Shah Razali; serta barisan pengurusan kanan MARA MARA Corp dan MARA Inc.


Kerjasama strategik ini membuktikan komitmen MARA Incorporated dan BHPetrol dalam memacu transformasi tenaga hijau ke arah masa depan yang lebih mampan.

Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499